suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dia Setaraf Dengan Pemain Elit Lain - Mourinho

PAUL Pogba layak berada sebaris dengan pemain-pemain elit dunia yang lain, jelas Jose Mourinho.

Pengurus Manchester United itu memuji Pogba selepas aksi pra musim bertemu Barcelona pada Rabu.

Pada perlawanan tersebut United tewas 1-0 kepada Barca.

Mourinho percaya aksi di Washington DC itu menunjukkan Pogba patut berada dalam senarai pemain terbaik dunia.

"Hanya ada satu Messi dan satu Neymar sahaja. Suarez, Iniesta, Pique, Ronaldo, Bale, Modric, Toni Kroos, juga ada satu dan boleh bermain di satu kelab sahaja. Kami tidak boleh memiliki mereka.

"Salah seorang pemain kami, Paul Pogba memiliki tahap itu. Mereka adalah pemain istimewa dan anda tidak boleh berbuat apa-apa dengannya.

"Dengan itu anda boleh memberi kemenangan dengan cuba mengimbangi perbezaan yang ada melalui kualiti taktikal tertentu dalam sesebuah organisasi," ujar Mourinho.

Jose Mourinho, Paul Pogba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain