Klopp Mahu Pihak Lawan 'Naik Gila' - Sukan | mStar

Klopp Mahu Pihak Lawan 'Naik Gila'

WALAUPUN hanya membeli seorang pemain bertaraf dunia, Jurgen Klopp tetap yakin dengan kemampuan Liverpool untuk memberi saingan sengit pada musim depan.

Selain Mohamed Salah yang dibeli dengan harga 37 juta pound sterling, Liverpool menambah kekuatan serangan dengan menandatangani bekas pemain Chelsea, Dominic Solanke secara percuma.

Walaupun jentera serangan Liverpool tampak ampuh, tetapi Klopp masih mengharapkan barisan pertahanannya mempamerkan tahap disiplin yang tinggi pada musim depan.

Musim lepas menyaksikan barisan serangan anak buah Klopp menghasilkan 78 gol tetapi bolos 48 gol, lebih banyak berbanding tiga lagi pasukan teratas liga.

"Kami perlu bertahan dalam situasi yang berbeza dan memikirkan cara untuk membuatkan pasukan lain 'naik gila' dengan kualiti yang kami miliki.

"Dengan kualiti dan kemahiran anak buah saya, anda akan melihat pelbagai pilihan untuk melakukan serangan, tetapi kekemasan (disiplin) merupakan perkata utama," kata Klopp.

Klopp turut mengakui bahawa dia kecewa dengan corak pertahanan Liverpool ketika berdepan situasi bola mati dan meminta pemainnya agar lebih fokus serta mengatasi masalah itu.

"Saya tidak mahu mengimbas kembali isu bola mati kerana ia bukan gol terus daripada situasi tersebut.

"Gol berpunca selepas situasi bola mati sama ada daripada lontaran ke dalam atau seumpamanya," kata pengurus berusia 50 tahun itu. -  MAIL ONLINE

Jurgen Klopp

Artikel Sebelum

Jangan Terlalu Hormati Kedah

Artikel Berikut

Ibrahimovic ‘Kembar’ King Kong?

Artikel Berkaitan

Barca Hampir Dapat Coutinho

Marahlah Saya - Klopp

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain