suria

Ibrahimovic ‘Kembar’ King Kong?

ZLATAN Ibrahimovic menyamakan dirinya dengan 'King Kong' dalam satu gambar terbaharu yang dimuatnaik dalam Instagram miliknya.

Gambar itu seolah-olah memberi gambaran bahawa proses pemulihannya berjalan dengan lancar.

Pemain berusia 35 tahun itu direhatkan sejak April kerana menanggung kecederaan lutut yang serius ketika United menang 2-1 ke atas Anderlecht.

Namun ia tidak menghalang Ibrahimovic untuk terus kekal cergas.

Ini dibuktikan menerusi posting terbaharunya yang menunjukkan badannya yang tegap dan berotot.

Ibrahimovic kini bebas ejen selepas United memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya pada hujung musim lalu.

United enggan mengambil risiko memperbaharui kontrak Ibrahimovic kerana dia masih bergelut dengan kecederaan serius sehingga memaksanya diketepikan sehingga awal tahun depan.

Namun bekas penyerang Paris Saint Germain (PSG) itu masih dibenarkan untuk terus berlatih di Old Trafford.

Ibrahimovic menjaringkan 28 gol untuk United musim lalu dengan rata-rata penyokong Red Devils berharap dia masih beraksi bersama pasukan itu.

Pengurus United, Jose Mourinho sebelum ini berkata Ibrahimovic masih boleh menandatangani kontrak bersama pasukan itu sebaik sahaja dia pulih daripada kecederaannya.

Zlatan Ibrahimovic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Ejen Pogba' Beraksi Lagi?

Artikel Lain