suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Chelsea Berlatih Cara Kung Fu

JUARA Liga Perdana Inggeris, Chelsea mempunyai cara yang unik untuk melatih para pemainnya bagi mempertahankan gelaran juara pada musim depan.

The Blues ketika ini berada di Singapura sebagai sebahagian daripada siri jelajah pramusim di Asia termasuk perlawanan menentang Arsenal dan Bayern Munich.

Kini mereka meneruskan sesi latihan dan yang menariknya, Antonio Conte mendapatkan khidmat sami Shaolin untuk melatih anak buahnya.

Selepas kekalahan 2-3 kepada Bayern, sesi latihan skuad Chelsea memasuki peringkat yang lebih sukar seperti berlatih kung fu.

Antara pemain yang paling sukar menyerap ilmu pertahanan diri itu adalah bek tengah, Gary Cahill yang kelihatan bergelut untuk menguasai latihan langkah kekuda.

Latihan itu memerlukan pemain membuka langkah kekuda sambil mengimbangi bata yang disangkut pada sebatang kayu manakala sebuah mangkuk diletakkan di atas kepala mereka.

Antara pemain yang terlibat dalam latihan itu termasuk  Thibaut Courtois, Willy Caballero dan Marcos Alonso. - MAIL ONLINE



Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain