suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurgen Klopp 'Bahasakan' Barcelona

JURGEN KLOPP menasihatkan Barcelona supaya tidak membuang masa dengan membida Philippe Coutinho kerana dia tidak akan dijual.

Barcelona dilapor menawarkan sebanyak £72 juta kepada Liverpool bagi mendapatkan pemain berkenaan, namun telah ditolak.

Coutinho, 25, berjaya menjaringkan 14 gol daripada 36 penampilan selain tampil sebagai arkitek di bahagian tengah.

"Ya, dia tidak akan dijual, tiada perubahan (fikiran) akan dibuat, kami tidak akan menjualnya.

"Phil sangat penting untuk Liverpool. Dia sedang cuba mendapatkan rentaknya tetapi kualiti permainan yang dimilikinya tidak pernah berubah.

"Berita paling baik ialah dia masih muda. Dia telah meningkatkan kualiti permainan sejak musim lalu.

"Saya tidak terkejut jika kelab lain mahukan khidmatnya. Mesej penting untuk mereka ialah Phil bukan untuk dijual," katanya.


Barcelona, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain