suria

Mourinho Dedah Tahap Kesetiaan Bersama United

JOSE Mourinho akhirnya mendedahkan tempoh yang dimahukannya untuk berada di Manchester United selepas mengharungi musim pertama yang penuh berliku di kelab gergasi Britain itu.

United sekadar menamatkan saingan di tempat keenam di bawah kendalian Mourinho tetapi beliau membantu kelab itu menjulang Piala Europa untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara.

Malah pengurus kelahiran Portugal itu juga membantu United memenangi gelaran Piala Liga dan Perisai Komuniti pada awal musim.

Kini Mourinho meneruskan cabaran untuk musim kedua apabila melakukan persiapan rapi di Amerika Syarikat dengan mengadakan siri jelajah di negara itu.

Menerusi wawancara eksklusif bersama ESPN FC, Mourinho mengakui dia mahu kekal bersama United untuk tempoh 15 tahun lagi dan memulihkan reputasi kelab itu sama seperti kendalian Sir Alex Ferguson.

"Saya sudah bersedian untuk (cabaran) ini.

"Saya bersedia untuk tempoh 15 (tahun) lagi.

"Saya akui tugas ini amat sukar disebabkan tekanan di sekeliling, tetapi kami perlu menang.

"Realitinya, hanya satu pasukan akan menang dan setiap tahun cabaran semakin sukar," katanya.

Selain itu, Mourinho menghamburkan pujian kepada Ferguson kerana membawa United ke tahap tertinggi.

"Sir Alex adalah tulang belakang kelab ini untuk tempoh yang lama.

"Semua orang tahu kestabilan yang dibawa oleh Sir Alex.

"Selepas David Moyes dan Louis van Gaal, saya sudah memasuki musim kedua dan berharap dapat kekalkan kestabilan yang dimahukan oleh kelab.

"Saya akan cuba, tetapi saya perlu berusaha untuk melakukannya," katanya.

Jose Mourinho

Artikel Sebelum

30 Hari Menjelang KL2017

Artikel Berikut

Artikel Lain