suria

Lewis Hamilton Beri ‘Hint’?

PELUMBA Mercedes enggan menafikan bahawa dia akan meningkalkan dunia perlumbaan pada akhir musim Formula 1 2017, hanya beberapa jam selepas memenangi acara Grand Prix British bagi mendekatkan jurang dengan juara dunia empat kali, Sebastian Vettel cuma dengan satu mata.

"Aku tidak boleh katakan apa yang akan berlaku dalam tempoh enam bulan dari sekarang," kata LewisHamilton selepas ditanya tentang masa depannya ketika sidang media perlumbaan itu.

Sewaktu diminta menjelaskan kenyataannya itu, Hamilton menekankan: "Aku suka memandu dan kamu boleh katakannya (bersara) tidak berlaku, aku ingin jelaskan yang kamu tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran aku pada sambutan Krismas nanti. Semoga ia satu keputusan yang baik dengan menyandang gelaran keempat."

Namun Hamilton juga tidak memberikan tanda-tanda akan meninggalkan F1, lapor Skysports.

"Selain bersama keluarga, kenangan terindah aku adalah apabila berada dalam kereta pada saat yang paling genting," ujar juara dunia tiga kali itu.

Lewis Hamilton, Formula 1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Paul Robinson Bersara?

Artikel Lain