suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Romero Terus Perkuat United

PENJAGA gol Manchester United Sergio Romero menandatangani kontrak lanjutan di Old Trafford sehingga 2021.

Romero, 30, menyertai United secara perpindahan percuma pada 2015.

Penjaga gol kelahiran Argentina itu menjadi pilihan Jose Mourinho ketika aksi final Liga Europa menentang Ajax pada Mei lalu.

"Siapa yang tidak mahu berada di sebuah kelab terbesar di dunia? Kami mempunyai penjaga gol terbaik di sini dan sentiasa belajar antara satu sama lain.

"Sudah tentu ia pengalaman membanggakan untuk saya dan juga keluarga menjadi sebahagian pemain yang berentap pada final Liga Europa.

"Saya tidak sabar membantu pasukan untuk kejayaan bagi musim akan datang," katanya.

Romero melakukan 28 penampilan bersama United dengan enam daripada pada aksi Liga Perdana Inggeris.

"Sergio seorang penjaga gol terhebat dan profesional. Dia mempunyai musim yang bagus dan prestasi cemerlang terutama pada saingan Liga Europa.

"Sergio berhak mendapat kontrak baharu dan United bertuah memiliki Sergio dan David De Gea," kata Mourinho.

Real Madrid dilaporkan melakukan bidaan buat kali kedua untuk De Gea walaupun United ditolak United melainkan mereka sudah menemui penggantinya.

Sergio Romero

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain