suria

Tangguh Dulu Liga M Bulan Ogos - FAM

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta agar Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) menangguhkan kempen Liga Malaysia (Liga M) pada Ogos ini bagi membolehkan skuad bawah 22 tahun (B-22) menjalani latihan pusat menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata cadangan itu disuarakan sendiri oleh ketua jurulatih B-22 Datuk Ong Kim Swee yang hanya mempunyai 14 hari untuk mempersiapkan pasukan sebelum acara bola sepak membuka tirai pada 14 Ogos.

"Saya menyokong cadangan itu dan telah menghantar surat kepada FMLLP dan kita sedang menanti jawapan dari Kevin Ramalingam (Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP) yang akan bermesyuarat untuk menentukan keputusannya.

"Jika permintaan itu diluluskan, ia berita yang baik kerana Datuk Ong akan mempunyai masa selama 14 hari bersama pasukannya sebelum perlawanan pertama Kumpulan A Sukan SEA pada 14 atau 15 Ogos depan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis jamuan hari raya pasukan bola sepak dan futsal wanita kebangsaan di sini pada Ahad.

FAM. FMLLP

Artikel Sebelum

Latif Pertahan Emas

Artikel Berikut

Artikel Lain