suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengarah Inter Milan Jawab Perpindahan Perisic Ke MU

PENGARAH Inter Milan, Piero Ausilio (gambar) akhirnya menjawab spekulasi perpindahan Ivan Perisic ke Manchester United yang dilapor bakal tamat pada minggu ini.

United sebelum ini telah membuat bidaan sebanyak £39 juta untuk mendapatkan Perisic namun ditolak.

Bagaimanapun bidaan kedua berjumlah £45 juta akan menyusul bagi menamatkan segala perbincangan.

Namun Ausilio mendakwa, perpindahan tersebut tidak akan berlaku dan Perisic akan terus kekal bersama mereka.

"Ia (perpindahan) tidak berlaku, Perisic sedang berlatih bersama kita.

"Setakat ini kami tidak memberi perhatian terhadap tawaran yang diberikan Manchester United," katanya kepada Sky Sports Itali.

Perisic sebelum ini mengemaskini status Instagramnya dengan bulatan merah seakan memberi bayangan untuk menyertai United.

Tidak cukup dengan itu, pemain sayap berkenaan enggan pulang ke Milan untuk menjalani latihan pramusim.

Artikel Berikut

Ozil Pilih Kekal Di Arsenal?

Artikel Lain