suria

Selamat Tinggal Januzaj

REAL Sociedad berjaya mengikat pemain sayap Manchester United, Adnan Januzaj.

Difahamkan perpindahan itu dimuktamadkan dengan perjanjian bernilai 9.8 juta pound sterling.

United turut mengenakan klausa pembelian semula dalam perjanjian terhadap pemain berusia 22 tahun itu.

Januzaj bersetuju untuk memperkuat kelab La Liga itu selama lima tahun.

Pemain kebangsaan Belgium itu akan diperkenalkan secara rasmi pada Khamis selepas menghadiri sesi latihan pertamanya.

"Terima kasih kepada beberapa jurulatih dan kakitangan di Manchester United yang menjadikan ia sebagai sebuah kelab yang hebat.

"Malangnya, masa saya bersama kelab sudah berakhir dan ia tidak seperti yang saya harapkan tetapi saya sentiasa mencintai kelab ini," kata Januzaj di Instagramnya.

Januzaj menyertai United pada 2013 semasa di bawah pimpinan David Moyes dan menjaringkan dua gol pada penampilan awalnya di Liga Perdana Inggeris ketika menentang Sunderland.

Namun prestasinya tidak menentu dan hanya menjaringkan lima gol dalam 66 penampilan bersama Red Devils sebelum dipinjamkan ke Borussia Dortmund dan Sunderland.

Adnan Januzaj, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain