suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AFF: Skuad B-15 Terus Rentak Kemenangan

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak kebangsaan Bawah 15 Tahun melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas menumpaskan Timor-Leste 2-0 dalam aksi kumpulan B pada Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2017 Bawah 15 Tahun  di Chonburi, Thailand, Rabu.

Anak-anak buah Raja Azlan Shah yang menewaskan Filipina juga 2-0 pada perlawanan pembukaan kumpulan pada Isnin memperoleh gol melalui Muhammad Danish Ishak pada minit ke-31 dan Harith Naem Jaineh pada minit ke-63 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Kampus Chonburi IPE.

Malaysia akan berdepan Brunei sementara Timor-Leste menentang Kemboja dalam aksi pusingan awal yang akan berlangsung di venue yang sama pada Jumaat.

Edisi ke-12 kejohanan yang diadakan sejak 2002 menampilkan 12 negara.

Juara bertahan, Australia mendahului cabaran Kumpulan A yang terdiri daripada juara tiga kali Thailand, Laos, Indonesia, Myanmar dan Sapura sementara Kumpulan B terdiri daripada Vietnam, Kemboja, Timor-Leste, Filipina, Brunei dan Malaysia.

Untuk rekod, Malaysia muncul juara pada 2013 dengan menundukkan Indonesia 3-2 menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat perlawanan.

Kejohanan itu sebelumnya dipertandingkan  sebagai kejohanan Bawah 16 Tahun tetapi tahun ini, kumpulan umur baharu diperkenalkan.-Bernama

skuad B-15, AFF

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Berikut

Kim Swee Buru Kemenangan

Artikel Lain