suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Tengah Idaman Mourinho Kini Boleh Ke Old Trafford

JOSE Mourinho kini dapat membawa pemain tengah idamannya sejak awal musim lalu secara pinjaman ke Old Trafford.

Renato Sanches telah dikaitkan dengan Manchester United pada musim lalu, namun memilih untuk bersama Bayren Munich.

Bagaimanapun Ketua Eksekutif Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge kini sedia melepaskan Sanches kepada kelab yang ingin meminjamnya.

Pemain berusia 19 tahun itu dilapor gagal menyerlah di bawah kendalian Carlo Ancelotti.

"Kami (Bayern Munich) sedang membuat keputusan untuk mengekalkan Sanches atau dilepaskan untuk pinjaman.

"Dia perlukan masa dan peluang untuk bermain lebih banyak perlawanan. Ini perkara yang mengecewakan kedua-dua pihak (pemain dan pengurusan)," katanya kepada media Jerman.

Awal musim lalu, Mourinho pernah mengakui di hadapan wartawan bahawa dia terlambat untuk mendapatkan Sanches.

"Saya tiba lambat (di Old Trafford), saya dan Sanches pernah berbincang sebelum ini," katanya tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain