suria

Lukaku Diarah Hadir Ke Mahkamah Los Angeles

ROMELU Lukaku ditahan polis gara-gara membuat bising.

Bakal pemain Manchester United itu ditahan pada 2 Julai lalu selepas pihak polis menerima lima laporan daripada jiran-jiran rumah sewanya di Beverly Hills ketika dia sedang mengadakan parti.

Penyerang Everton berusia 24 tahun itu diarahkan menghadirkan diri ke mahkamah di Los Angeles pada 2 Oktober depan.

Dalam pada itu, Lukaku yang sedang bercuti bersama Paul Pogba dilaporkan telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Los Angeles sebelum disahkan manjadi pemain United.

Manakala United pula dijangka akan memperkenalkan Lukaku sebagai pemain mereka pada minggu depan.

Romelu Lukaku

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain