suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Punca Everton Lepaskan Lukaku Didedah

Lukaku (kanan) sedang bercuti dengan Pogba dan tidak hadir sesi latihan bersama Everton.

ROMELU Lukaku akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Los Angeles, lokasi percutiannya dengan bintang Manchester United, Paul Pogba selepas skuad tersebut bersetuju untuk membayar £75 juta pound sterling (RM 418 juta) kepada Everton.

Namun, Everton yang sebelum ini enggan melepaskan Lukaku mengambil langkah drastik untuk menerima tawaran lumayan itu selepas berang dengan tindakan pemain berusia 24 tahun tersebut.

Difahamkan Everton kecewa kerana Lukaku tidak hadir sesi latihan pra musim di Finch Farm pada Khamis.

Lebih mengecewakan apabila Lukaku seolah-olah tidak mengendahkan panggilan Pengurus Everton, Ronald Koeman yang memintanya untuk kembali berlatih bersama pasukan.

Koeman dilaporkan amat kesal dengan tindakan Lukaku itu.

Lukaku difahamkan akan menandatangani kontrak selama lima tahun bersama United.

Dia akan menerima gaji lebih 200,000 pound sterling (RM1.1 juta) seminggu dalam tempoh 48 jam lagi.

Difahamkan Pogba memainkan peranan utama dalam mempengaruhi Lukaku untuk menolak tawaran Chelsea selepas meninggalkan Stamford Bridge tiga tahun lalu.

Malah, ejennya Mino Raiola dijangka menerima komisyen lumayan daripada perpindahan tersebut.

Everton, Romelu Lukaku

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain