suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester United Intai Pemain Borussia Dortmund Ganti Dier, Matic

MANCHESTER United dilapor sedang mengintai pemain tengah Borussia Dortmund yang juga tonggak Jerman.

Jose Mourinho ingin mendapatkan Julian Weigl selepas gagal membawa Eric Dier atau Nemanja Matic yang menjadi pilihan utama.

Menurut Daily Mail, Tottenham menolak untuk berbincang mengenai perpindahan Dier manakala Chelsea masih ingin melepaskan Matic.

Bagaimanapun The Blues ingin mendapatkan kata putus mengenai Tiemoue Bakayoko sebelum melepaskan pemain utamanya.

Weigl, 21, mengalami patah di bahagian buku lali pada penghujung musim lalu dan terpaksa diketapikan sehingga September ini.

Kecederaan tersebut juga membantut minat Barcelona dan Real Madrid untuk mendapatkan khidmatnya.

Namun United dijangka akan mendapatkan Weigl pada Januari tahun depan kerana bimbang tidak dapat digunakan.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tak Ada Jodoh Seydi-TRW

Artikel Lain