suria

Kenapa Lacazette Pilih Arsenal?

Alexandre Lacazette. -fotoAFP

ALEXANDRE Lacazette akhirnya berlabuh di Arsenal walaupun nyaris bergabung dengan kelab lain.

Tetapi, apakah alasan penyerang dari Perancis itu akhirnya membuat keputusan menyertai The Gunners?

Lacazette secara rasmi bergabung dengan Arsenal dari Lyon pada Rabu.

Khabarnya, Arsenal perlu memecahkan rekod perpindahan kelab demi mendapatkan pemain berusia 26 tahun itu dengan membayar 60 juta euro kepada Lyon.

Sebelum berpindah ke Arsenal, Lacazette sudah mencapai kesepakatan verbal dengan Atletico Madrid.

Tetapi, dia tidak dapat bergabung dengan Atletico kerana kelab tersebut sedang menjalani hukuman larangan perpindahan pemain.

Dalam wawancara dengan Arsenal Player, Lacazette mengakui sudah lama mengimpikan untuk bergabung dengan Arsenal.

"Sudah tentu saya gembira dan sangat bangga kerana Arsenal adalah sebuah kelab legenda. Ketika saya muda, disebabkan faktor Thierry Henry dan pemain-pemain Perancis lain, saya selalu bermimpi bermain untuk kelab ini, jadi hari ini mimpi itu jadi kenyataan," kata Lacazette.

Ditanya alasan lain yang membuatkan dirinya menyertai Arsenal, Lacazette menjawab: "Masa lalu Arsenal. Saya sukakan kelab-kelab yang yang mempunyai sejarah. Juga hakikat bahawa pengurusnya (Arsene Wenger) sudah lama berada di sini menunjukkan bahawa ini adalah sebuah kelab yang stabil, yang mana saya sukakannya.

"Selain itu, ada beberapa pemain Perancis di sini, yang akan memudahkan saya untuk menyesuaikan diri. Saya berpandangan, Arsenal juga merupakan kelab yang menampilkan bola sepak terbaik Inggeris, jadi saya benar-benar ingin datang ke sini," kata Lacazette.

Arsenal sememangnya mempunyai ramai pemain Perancis.

Sebelum kedatamgan Lacazette, kelab ini telah membawa masuk Laurent Koscielny, Olivier Giroud, Francis Coquelin, Mathieu Debuchy dan Jeff Reine-Adelaide dari negara itu.

Lacazette sangat produktif ketika bersama Lyon. Dia menjaringkan 37 gol sepanjang musim lalu.

Alexandre Lacazette, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain