suria

Piya Harap Diturunkan Malam Esok

KOTA BHARU: Ketua pasukan Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi yang semakin pulih daripada kecederaan bahagian paha, berharap dapat diturunkan untuk membantu pasukan menentang pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM FC) pada perlawanan pembukaan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam Selasa.

Mohd Badhri atau dikenali sebagai Piya, bagaimanapun berkata keputusan sama ada beliau disenaraikan atau sebaliknya untuk beraksi malam Selasa, bergantung sepenuhnya kepada barisan kejurulatihan pasukan.

"Ketika menentang Sarawak Sabtu lepas, saya tidak diturunkan berikutan cedera dibahagian paha ketika menjalani latihan, namun bagi aksi menentang UiTM FC, saya berharap dapat diturunkan kerana kecederaan saya semakin pulih dan yakin boleh bermain," katanya.

Pada perlawanan menentang Sarawak, posisi Mohd Badhri diisi Mohd Rozaimi Azwar yang bergandingan dengan pemain import, Margaro Gomis.

Mohd Badhri berkata aksi malam Selasa penting baginya untukmendapatkan kembali rentak permainanselepas liga berehat hampir sebulan.

"Perlawanan malam Selasa  juga penting bagi saya untuk menyesuaikan diri dengan corak yang diterapkan pengarah teknikal baru pasukan, Alfredo Carlos Gonzales," katanya.

Beliau yang mahu rakan pasukan memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan tersebut, berkata mereka tidak boleh memandang rendah kemampuan pasukan UiTM FC terutamanya ketika beraksi dalam saingan peringkat kumpulan.

Pada saingan Piala Malaysia2017, Kelantan diundi bersama Kedah, Melaka dan UiTM FC dalam Kumpulan C. - BERNAMA

Piya, Kelantan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Acara Keirin Tidak Diboikot

Artikel Lain