suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

City Sanggup Lepaskan Aguero Demi Bintang Arsenal

MANCHESTER City dan Arsenal dilaporkan sedang berbincang mengenai sebarang kemungkinan untuk melakukan pertukaran terhadap Alexis Sanchez dan Sergio Aguero.

"Pertukaran mengejut" itu dilaporkan The Daily Star yang mendakwa Aguero merupakan pemain yang sesuai menggantikan Sanchez di Emirates.

Pengurus City, Pep Guardiola secara terbuka menyatakan Sanchez merupakan sasaran No.1 kelab itu pada musim panas ini.

Malah beliau tidak menolak sanggup menjadikan Aguero sebagai pertukaran untuk merealisasikan perpindahan itu.

Ia disifatkan sebagai satu urus niaga yang memberi manfaat kepada kedua-dua pasukan.

Dalam pada itu, Arsenal perlu mengurangkan nilai perpindahan Sanchez memandangkan dia kini memasuki fasa kontrak terakhirnya.

Namun, bidaan sebanyak 50 juta pound sterling mungkin sudah cukup menyakinkan Arsenal untuk melepaskan Sanchez.

Manchester City, Arsenal

Artikel Sebelum

Misi Pogba Untuk United

Artikel Lain