suria

Peraturan Baharu Buat Arsenal Merana

HARAPAN Arsenal untuk memastikan dua bintangnya, Alexis Sanchez dan Mesut Ozil kekal di Emirates pada musim depan semakin sukar disebabkan peraturan baharu Liga Perdana Inggeris.

Ini selepas Liga Perdana Inggeis mengenakan kawalan kos yang menyekat jumlah gaji yang boleh dinaikkan setiap tahun.

Sebagai contoh, jika gaji Ozil dan Sanchez bagi musim 2017-2018 melebihi 7 juta pound sterling berbanding musim sebelumnya, Arsenal tidak mempunyai pilihan lain selain menjual pemain bagi mengurangkan kos pembayaran gaji.

Selain Ozil dan Sanchez, The Gunners mungkin terpaksa bintangnya yang lain termasuk Alex Oxlade-Chamberlain, Olivier Giroud dan Jack Wilshere.

Kedua-dua pemain itu masih berunding untuk mendapatkan kontrak baharu yang menyaksikan Arsenal perlu menaikkan jumlah gaji mereka.

Arsenal sedia membayar sebanyak 280,000 pound sterling seminggu bagi setiap pemain tersebut untuk mengekalkan mereka di Emirate.

Tetapi perjanjian itu akan menaikkan had gaji sebanyak 15 juta pound sterling berbanding had asal yang dibenarkan Liga Perdana Inggeris bermula musim baharu.

Langkah terbaharu itu yang dilaksanakan oleh Liga Perdana Inggeris menetapkan setiap kelab perlu memastikan kenaikan gaji keseluruhan pemain tidak melebihi 7 juta pound sterling berbanding musim 2019-2017.

Jika had kenaikan dilepasi, duit untuk menampung kos itu perlu hadir daripada sumber luaran seperti penjualan pemain, tiket, komersial berbanding dana pusat yang diberikan oleh Liga Perdana Inggeris. - INDEPENDENT

Liga Perdana Inggeris

Artikel Sebelum

Messi 'Dibebaskan'

Artikel Berikut

Artikel Lain