Ronaldo Tak Panik - Sukan | mStar

Ronaldo Tak Panik

BIARPUN Portugal mensia-siakan dua kali peluang untuk menguasai perlawanan dalam perlawanan pembukaan Piala Konfederasi pada Ahad, namun keputusan seri 2-2 pada tidak harus dibimbangkan, menurut kapten Portugal, Cristiano Ronaldo (gambar).

Pemain Mexico, Hector Moreno menjaringkan gol pada masa tambahan untuk mendapatkan mata selepas lima minit Cedric meletakkan Portugal di depan.

"Ini bukan keputusan yang kami mahukan, kata Ronaldo kepada Eurosport.

"Tapi tak perlu cemas, pasukan telah bermain dengan baik. Pada mulanya keputusan cukup baik dengan mata 2-1 tapi inilah bola sepak.

"Mereka menambah mata pada minit terakhir dan kini kami fikir untuk perlawanan seterusnya.

"Kami perlu terus percaya dengan kemampuan diri, kami tahu kami mempunyai peluang yang besar.

"Ada dua perlawanan lagi dan kerana itulah kami tenang. Sekarang, kami perlu fokus untuk menang pada perlawanan akan datang.

"Jika kami menang, kami hanyalah selangkah untuk bergelar juara," ujarnya.

Portugal menentang Rusia di Moscow pada Rabu, sementara Mexico menewaskan New Zealand di Sochi.

Rusia mendahului Kumpulan A selepas menumbangkan All Whites 2-0 pada Sabtu.

Pemain Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) itu yang menjaringkan 11 gol dalam tujuh perlawanan sebelum ini mungkin tidak mempamerkan persembahan bertenaga seperti kebiasaan, namun masih digelar man-of-the-match.

Penyerang kelab Real Madrid itu yang masih dihimpit dengan kontroversi cukai telah menetapkan mata pembukaan buat Portugal.

Cristiano Ronaldo , Portugal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala Konfederasi Fifa 2017

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain