suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pogba Dab Sampai Ke China

Paul Pogba

PEMAIN Manchester United, Paul Pogba, menikmati cutinya dengan berkunjung ke Tembok Besar China.

Di sana, Pogba sempat melakukan gaya tarian dab di kawasan pelancongan yang tersenarai dalam dalam tujuh keajaiban dunia itu.

Jose Mourinho telah memberi cuti kepada pemain United setelah tamat musim Liga Perdana Inggeris 2016/17.

Pogba kemudian membantu pasukan kebangsaan Perancis dalam kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Sweden dan perlawanan persahabatan menentang England.

Setelah menjalankan tugas membantu negara, Pogba memutuskan untuk terus bercuti. Pemain termahal di dunia itu memilih China sebagai destinasi percutiannya.

Antara yang dilawati adalah Tembok Besar China.

Seperti mana yang sering dilakukan di padang, pemain berusia 24 tahun itu tetap 'membawa' gaya dabnya ke China, yang mana ia dapat dilihat menerusi gambar yang dimuat naik di akaun Instagram peribadinya.

dab, Paul Pogba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain