suria

Messi, Fabregas Berjemur Di Sepanyol

MEREKA sudah tiga musim tidak bersama sebagai rakan sepasukan, tetapi ia tidak menghalang Cesc Fabregas dan Lionel Messi daripada terus bersahabat.

Ketika musim bola sepak 2016/17 telah tamat, mereka memilih untuk menikmati cuti musim panas bersama-sama sebelum bermulanya saingan musim depan, pada Julai.

Messi dan Fabregas telah memutuskan untuk menghabiskan masa di pulau-pulau Balaeric, Sepanyol.

Turut ditemani oleh keluarga masing-masing, dua pemain bintang itu dilihat telah berjemur di bawah matahari Sepanyol pada Khamis di Formentera.

Messi, bersama temannya wanitanya, Antonella Roccuzzo dan anak sulung mereka Thiago dilihat telah mencelupkan kaki dalam air sebelum berjalan di sepanjang pantai.

Ketiga-tiga mereka turut disertai oleh Fabregas, bersama teman wanitanya Daniella Semaan dan anak sulung mereka, Lia.

Fabregas dan Messi pernah bersama di Barcelona sebagai rakan sepasukan untuk tiga musim antara 2011 dan 2014 di mana mereka memenangi empat anugerah utama termasuk La Liga dan Copa del Rey.

Fabregas kemudiannya menyertai Chelsea pada musim panas tahun 2014 manakala Messi kekal di Barcelona.

Lionel Messi, Fabregas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pogba Dab Sampai Ke China

Artikel Lain