suria

Ronaldo Terkejut Dituduh Tipu Cukai

BINTANG Real Madrid, Christiano Ronaldo amat terkejut dengan tuduhan penipuan cukai, jelas salah seorang peguamnnya.

Pihak pendakwaraya Sepanyol menfailkan tuntutan mahkamah dan menuduh Ronaldo  menuduh Ronaldo menipu pihak berkuasa berkaitan cukai bernilai 14.7 juta euro (RM70.57 juta).

Bagaimanapun peguammnya, Antonio Lobo Xavier menolak tuduhan tersebut dan yakin Ronaldo tidak melanggar sebarang undang-undang.

"Sangat mengejutkan dan pemain merasakan tidak adil," ujarnya dalam laporan Marca.

"Tidak ada perkara yang terlepas pandang mengenai perisytiharan cukai. Ia sudah dibuat mengikut kriteria undang-undang Sepanyol".

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, wakil Ronaldo, agensi Gestifute berkata, pemain itu tidak terbabit dalam apa-apa skim pengelakan cukai dan tiada niat untuk menyembunikan apa-apa.

Gestifute berkata, ia akan mengeluarkan dokumen yang menunjukkan pemain itu tidak menubuhkan struktur syarikat untuk mengelak cukai sebaliknya menggunakan syarikat yang dimilikinya sejak bermain di Manchester United yang diketahui pihak berkuasa Britain dan Sepanyol.

Agensi itu juga berkata, kes itu mungkin berkaitan tafsiran berbeza antara sistem cukai Britain dan Sepanyol tetapi tidak dianggap satu penipuan.

Pejabat pendakwa raya di Madrid dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pemain Portugal itu menghadapi empat pertuduhan membabitkan penipuan cukai bernilai 14,768,897 euro (RM70,571,986) antara 2011 sehingga 2014.

“Tertuduh mengambil kesempatan penstrukturan syarikat yang ditubuhkan pada 2010 untuk menyembunyikan pendapatan yang dijana menerusi hak imej di Sepanyol daripada pihak berkuasa.

“Ia dianggap perbuatan ‘sukarela’ dan pelanggaran yang diketahui berhubung tanggungjawab fiskal di Sepanyol,” katanya.

Pihak pendakwa menuduh pemain berusia 32 tahun itu mengelak membayar cukai menerusi dua syarikat yang berpangkalan di British Virgin Islands dan Ireland.

Cristiano Ronal, Cukai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain