suria

Siapa Model Cun Di Sisi Mkhitaryan?

BINTANG Manchester United Henrikh Mkhitaryan pulang ke kampung halamannya yang terletak di Armenia selepas tewas kepada Montenegro minggu lalu.

Namun kepulangannya mencuri tumpuan netizen apabila dia dirakam bergambar dengan model Rusia dan duta Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Victoria Lopyreva.

Mkhitaryan memuatnaik gambar mereka berdua di Yerevan di laman Twitternya dengan kapsyen: 'Hari yang bagus di Armenia bersama Victoria Lopyreva.'

Gambar itu dipercayai dimuatnaik selepas Mkhitaryan menjalankan tugasnya sebagai duta Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Armenia pada Selasa lalu.

Lopyreva merupakan duta FIFA.

Pemain berusia 28 tahun itu kembali ke Armenia selepas negaranya tewas 1-4 kepada Montenegro pada aksi kelayakan Piala Dunia, Sabtu lalu.

Dia membantu rakannya mencipta jaringan tunggal untuk Armenia tetapi ia masih belum cukup untuk membantu pasukan itu yang kini berada di tangga kelima Kumpulan E.

Pada masa sama, Mkhitaryan juga berharap agar dapat terus mencipta kecemerlangan bersama United selepas tempoh rehat aksi antarabangsa berakhir.

Henrikh Mkhitaryan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain