suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ugut Tampar Wartawan, Moyes Didenda

BEKAS Pengurus Sunderland, David Moyes didenda 30,000 pound sterling kerana mengeluarkan kata-kata berbentuk ancaman terhadap wartawan wanita BBC, Vicki Sparks, Mac lalu

Moyes, 54, memberitahu Sparks bahawa dia mungkin ditampar selepas temubual sebaik tamat perlawanan Sunderland menentang Burnley pada 18 Mac lalu.

"Komen itu tidak wajar, berbentuk ancaman atau menjejaskan perlawanan itu bertentangan dengan Peraturan FA E3(1).

"Dia menafikan pertuduhan itu, namun, kesalahannya dapat dibuktikan berikutan sesi pendengaran Suruhanjaya Peraturan Bebas," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak England (FA).

Insiden itu berlaku selepas Moyes dikatakan berang dengan soalan ditanya Spark dan berkata kepadanya: "Awak mungkin akan ditampar walaupun awak seorang wanita.

"Awak perlu lebih berhati-hati pada masa akan datang," katanya.

Walaupun sesi temuramah sudah pun tamat ketika Moyes menghentam Sparks, situasi itu sempat dirakam kamera dan rakaman itu kemudiannya ditayangkan oleh akhbar di sana.

Moyes bagaimanapun menyesal dengan insiden terbabit dan tampil memohon maaf beberapa hari selepas itu.

"Saya sudah menghubungi pemberita berkenaan dan memohon maaf, yang mana diterimanya dengan baik," kata Moyes.

David Moyes

Artikel Sebelum

Wawrinka Mara Ke Final

Artikel Berikut

Artikel Lain