suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bosz Pengurus Baharu Dortmund

Peter Bosz.

BORUSSIA Dortmund mengesahkan pelantikan Peter Bosz sebagai pengurus baharu kelab tersebut selepas bekas pengendali Ajax itu menandatangani kontrak selama dua tahun di Signal Iduna Park.

Bosz yang juga fasih berbahasa Jerman berjaya mengemudi Ajax ke pentas final Liga Europa musim lalu.

Dortmund memecat Thomas Tuchel pada minggu lalu dan berharap untuk mendapatkan khidmat Pengurus Nice, Lucien Favre tetapi tawaran itu ditolak sebelum beralih arah kepada Bosz.

Tuchel dipecat kerana pihak pengurusan Dortmund tidak percaya barisan kejurulatihan sedia ada mampu menghadiahkan kejayaan pada masa hadapan berdasarkan kepercayaan.

Difahamkan Ajax akan menerima bayaran pampasan sebanyak 4.3 juta euro daripada Dortmund susulan peletakan jawatan Bosz.

Peter Bosz, Borussia Dortmund

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain