suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo Sibuk Bina Otot

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo memastikan bentuk tubuhnya berada dalam keadaan terbaik menjelang saingan akhir Liga Juara-Juara Ahad ini.

Dalam tempoh empat hari sebelum bertemu Juventus, Ronaldo yang sememangnya amat obses terhadap bentuk badan sendiri terus bekerja keras di gimnasium miliknya.

Pemain berusia 32 tahun itu tidak beraksi sejak 21 Mei lalu ketika Real Madrid mengesahkan trofi juara Liga Sepanyol buat kali pertama selepas 2012 apabila menang 2-0 ke atas Malaga.

Ronaldo ingin memastikan tahap kecergasan dan bentuk badannya lebih 'mantap' ketika bertemu Juventus nanti.

Dalam pada itu, berbeza pula dengan kapten Blancos, Sergio Ramos yang memilih mengisi masa rehatnya dengan bercuti di Ibiza bersama rakan-rakan sepasukan tang lain termasuk Luka Modric, Lucas vazquez, Keylor Navas dan Mateo Kavocic.


Real Madrid bakal bertandang ke Stadium Principality bertemu tuan rumah, sekaligus menyaksikan pertama kali perlawanan akhir akan dimainkan dalam sebuah stadium tertutup.

Blancos, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain