suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wenger Kekal Dua Tahun Lagi

ARSENE Wenger menandatangani kontrak dua tahun bersama Arsenal yang akan menyaksikan dia kekal di Stadium Emirates sehingga 2019, umum kelab Liga Perdana itu malam Rabu.

Kontrak pengendali berusia 67 tahun itu tamat pada penghujung musim ini dan masa depannya menjadi punca spekulasi sejak beberapa bulan lalu.

Arsenal mempamerkan prestasi mengecewakan apabila sekadar menduduki tempat kelima Liga Perdana musim ini.

Ia merupakan pertama kali mereka menamatkan kedudukan di luar kelompok empat pasukan teratas sejak Wenger mengambil alih kelab itu pada tahun 1996.

Namun Wenger mendapat tonik tambahan Ahad lalu apabila menang 2-1 mengatasi pasukan juara, Chelsea pada final Piala FA dan mendapat sokongan ahli majlis kelab dalam mesyuarat pada Selasa.

"Cita-cita kami ialah memenangi Liga Perdana dan trofi utama yang lain di Eropah. Itulah yang dimahukan penyokong, pemain, kakitangan, pengurus dan ahli majlis jangkakan dan kami tidak akan berehat sehingga ia tercapai.

"Arsene ialah individu terbaik untuk membantu kami merealisasikan hasrat itu. Dia memiliki rekod menakjubkan dan mendapat sokongan penuh kami semua," kata pemilik majoriti Stan Kroenke dalam kenyataan itu.

Arsene Wenger, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain