suria

Manchester United Kelab Terkaya Dunia

MANCHESTER United gagal menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris dalam kelompok empat terbaik sejak dua musim ini.

Namun skuad bimbingan Jose Mourinho itu telah dinobatkan sebagai sebuah kelab paling bernilai di dunia biarpun menamatkan saingan liga di tempat keenam musim ini.

Menurut sebuah kajian terbaharu oleh sebuah syarikat perkhidmatan swasta KPMG, kelab United telah mengatasi Real madris dan Barcelona walaupun pemilik kelab Glazer menanggung hutang hampir separuh bilion pound.

Dalam senarai kelab-kelab terkaya dunia, menyaksikan skuad Liga Inggeris menguasai enam daripada sepuluh kedudukan terbaik.


Mengikut kajian tersebut, nilai kewangan 39 buah kelab diambil kira berdasarkan populariti di media sosial, pendapatan hasil musim 2014/15 dan 2015/16 serta kejayaan di peringkat Eropah.

Nilai bersih United lebih tinggi berbanding Real Madrid dan Barcelona musim lalu sekaligus menjadi kelab pertama mencatat 2.7 bilion pound.

Sementara itu, Bayern Munich kekal berada di tempat keempat, diikuti Manchester City mengatasi Arsenal yang kedua-dua mencatat nilai bawah 1.7 bilion pound.

Kelab Chelsea, Liverpool, Juventus dan Spurs menguasi tempat keenam hingga kesepuluh.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Annuar Tuntut Keadilan

Artikel Lain