suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Atau Bayern Munich?

BINTANG Arsenal, Alexis Sanchez sedia untuk berhijrah ke Bayern Munich pada jendela perpindahan musim depan walaupun pengurus kelab itu, Arsene Wenger kekal bersama The Gunners bagi tempoh dua tahun lagi.

Perancang berusia 28 tahun itu mempamerkan aksi menakjubkan sepanjang musim ini dengan menjaringkan 30 gol dalam 51 aksi termasuk menjaringkan gol pertama ketika membantu Arsenal menjulang Piala FA menewaskan Chelsea 2-1.

Namun menurut laporan Metro.uk, Sanchez sedia berpindah dari Emirate menjelang musim depan dan Bayern Munich dilihat menjadi pilihan utama penyerang Chile itu walaupun juara Liga Perdana Inggeris berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Manchester City dan Juventus turut berminat untuk mendapatkan bekas pemain Barcelona itu tetapi juara Bundesliga tetap menjadi destinasi utama Sanchez pada musim depan.

Bagi mengekalkan Sanchez, Arsenal sedia menawarkan gaji sebanyak £280,000 seminggu, sekali gus menjadi pemain yang menerima bayaran paling lumayan di kelab tersebut.

Selain Sanchez, Arsenal juga bergelut untuk mengekalkan bintang Jerman, Mesut Ozil yang masih belum menyambung kontrak bersama The Gunners.


Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain