suria

Cabaran Malaysia Berakhir

Beregu lelaki negara tewas kepada Takeshi Kamura/Keigo Sonoda dari Jepun.

KUALA LUMPUR: Cabaran skuad badminton negara berakhir di Kejohanan Piala Sudirman selepas tewas sekali lagi kepada Jepun 1-3 pada perlawanan suku akhir yang berlangsung di Gold Coast pada Jumaat.

Hanya tonggak utama negara Datuk Lee Chong Wei mengekalkan konsistensi dengan menyumbangkan mata tunggal selepas menundukkan Kenta Nishimoto bagi acara perseorangan lelaki dengan mata 21-15 dan 21-13 dalam masa 45 minit.

Sebelum itu beregu lelaki negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong tewas kepada Takeshi Kamura/Keigo Sonoda 17-21, 21-16 dan 11-21.

Turut mengalami nasib yang sama adalah pemain perseorangan wanita Soniiah Cheah yang gagal menyaingi Nozomi Okuhara dengan kalah mudah 11-21 dan 9-21 dalam masa 34 minit.

Beregu wanita Vivian Hoo/Woon Khe Wei turut mudah tewas kepada Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi 7-21 dan 14-21.

Jepun mara ke separuh akhir dan dijadual menentang China manakala Korea Selatan bakal menentang Thailand pada Sabtu. - BERNAMA

Piala Sudirman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain