suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Miliki Kelebihan 'Sambar' Bintang Chelsea

JOSE MOURINHO memiliki kelebihan untuk 'menyambar' seorang daripada pemain terbaik juara Liga Perdana Inggeris disebabkan hubungan baik antara kedua-dua mereka.

Pemain tengah Chelsea, Willian memberi bayangan bahawa dia mengalu-alukan perpindahan ke Manchester United selepas mengakui mengagumi bos lamanya itu.

Awal bulan ini, laporan media mendakwa, Chelsea sedia mendengar tawaran untuk pemain berusia 28 tahun itu memandangkan juara Liga Perdana Inggeis tersebut mahu menjual pemain bagi membeli pemain baharu.

Dalam wawancara bersama EPSN Brasil, Willian ditanya tentang pengurus paling diminat sepanjang karier bola sepaknya dan dia menyebut nama Mourinho.

"Saya sentiasa belajar benda baharu daripada mereka semua.

"Apabila saya bermain di Shakhtar, saya belajar daripada Lucescu. Kemudian bersama Guus Hiddink ketika di Anzhi.

"Ketika bersama Chelsea, Mourinho banyak mengajar saya sebagai pemain. Jika kita memiliki hubungan istimewa, kita akan dapat rasakannya.

"Walaupun tidak lagi bekerja bersama, kami masih berkawan dan itulah Mourinho," katanya.

Bagaimanapun, Willian mengakui dia masih gembira berada di Chelsea walapun dikaitkan dengan United.

"Saya mempunyai kontrak sehingga 2020. Saya gembira di sini dan keluarga saya juga dapat menyesuaikan kehidupan di London," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain