suria

United Dapat Petunjuk Jual De Gea

MANCHESTER United mendapat petunjuk untuk melepaskan David De Gea kepada Real Madrid pada musim perpindahan akan datang.

Pelepasan De Gea tidak lagi menjadi kerugian buat United apabila Sergio Romero membuktikan dirinya mampu tampil sebagai penjaga gawang utama skuad berkenaan.

Romero yang juga penjaga gol utama Argentina mempamerkan aksi terbaiknya selepas memastikan gawang United tidak bocor ketika menentang Southampton awal pagi ini.

Tidak cukup dengan itu, dia berjaya menafikan sepakan penalti daripada penyerang Itali, Manolo Gabbiadini.

Southampton dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Eric Bailly pada awal permainan.

Perlawanan tersebut berakhir dengan seri 0-0 dan United kekal di kedudukan keenam pada carta Liga Perdana Inggeris.

De Gea menjadi buruan Real Madrid sejak musim lalu namun usaha kelab gergasi Sepanyol itu gagal pada minit akhir jendela perpindahan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain