suria

Conte Mahu Dua Pemain Real Madrid Sebelum Lepas Hazard

Eden Hazard

ANTONIO Conte sedia melepaskan Eden Hazard dengan syarat Real Madrid bersetuju memberikan dua pemainnya.

Dua pemain tersebut adalah Alvaro Morata dan Raphael Varane, menurut laporan.

Hazard telah menjadi sasaran jangka panjang untuk Real Madrid dengan Zinedine Zidane dan Florentino Perez berminat untuk membawa masuk bintang Chelsea berkenaan.

Chelsea dilihat sukar untuk mengekalkan pemain dari Belgium itu tetapi tidak akan melepaskannya dengan begitu sahaja.

Menurut penerbitan Sepanyol Don Balon, jika Conte tidak mampu mengekalkan Hazard, dia akan meminta dua pemain Madrid.

Morata telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris dan Conte sangat berminat dengan pemain dari Sepanyol itu.

Conte membawa Morata ke Juventus ketika dia bersama kelab gergasi Itali itu, sebelum mengambil tugas sebagai jurulatih Itali.

Sementara itu, Conte juga dikatakan berminat untuk mengukuhkan barisan pertahanan dan Varane dilihat pemain yang paling sesuai.

Dengan John Terry yang bakal meninggalkan kelab pada akhir kempen, Varane akan menjadi pengganti yang sesuai dalam tempoh jangka panjang.

Conte kini dilihat menyerahkan Madrid membuat keputusan. Jika mereka mahu mengambil Hazard dari Stamford Bridge musim panas ini, mereka perlu memenuhi permintaannya.

Eden Hazard, Antonio Conte

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

AS Monaco Juara Ligue 1

Artikel Lain