Mourinho Nafi 'Berjudi' - Sukan | mStar

Mourinho Nafi 'Berjudi'

Jose Mourinho

PENGURUS Manchester United Jose Mourinho menafikan dirinya memperjudikan nasib kelab dengan mengabaikan Liga Perdana Inggeris dan memberi tumpuan kepada Liga Europa.

Mourinho dilihat telah membuat keputusan mengejutkan apabila merombak sejumlah tonggak utamanya ketika menentang Tottenham Hotspur di White Hart Lane, awal pagi Isnin.

Selain tidak menurunkan Paul Pogba kerana pemain itu baru kehilangan bapanya, Mourinho juga hanya menurunkan Marcus Rashford dan Ander Herrera pada babak kedua.

Akibatnya, United kalah 1-2 kepada Spurs.

"Ketika orang kata kami berjudi, kami sebenarnya bukan berjudi. Tak ada sesiapa pun yang boleh bermain dalam dua perlawanan besar dan inilah yang kami hadapi.

"Ia satu kewajiban, kami tak berjudi dan saya gembira dengan situasi ini," katanya memetik Sky Sports.

"Saya merehatkan beberapa pemain, tiada sebarang kecederaan dan kami hanya ada satu perlawanan, pada masa ini Liga Perdana menjadi perlawanan yang kami tak mahu main," katanya.

Dengan kekalahan ini United sah gagal menempatkan diri dalam empat kelompok teratas liga pada musim 2016/17. United berada di kedudukan keenam carta liga.

Dua gol Spurs diperolehi melalui Victor Wanyama pada minit keenam dan Harry Kane pada minit ke-48.

Wayne Rooney menjaringkan gol sagu hati buat United pada minit ke-71.

Bagaimanapun United masih berpeluang merebut satu tiket ke Liga Juara-Juara, melalui Liga Europa.

Syaratnya, skuad bimbingan Mourinho mesti mengalahkan Ajax Amsterdam dalam perlawanan final pada 25 Mei.


Jose Mourinho , Liga Europa

Artikel Sebelum

Barca, Real Madrid 'Menggila'

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Berkaitan

'Kualiti Bukan Kuantiti'

Kami Jauh Lebih Kuat - Mourinho

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain