suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mana Satu Yang Betul?

Ghaddar bersama Annuar semasa menyaksikan perlawanan Kelantan menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam.

PETALING JAYA: Masa depan penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar sekali lagi menjadi teka-teki sama ada dia kekal bersama The Red Warriors (TRW) atau sebaliknya.

Ini kerana sehari selepas pemain kelahiran Lebanon itu menafikan mahu meninggalkan Kelantan, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa mencetuskan spekulasi baharu mengenai masa depannya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Annuar petang Ahad seolah-olah memberi bayangan bahawa Ghaddar akan meninggalkan The Red Warriors (TRW) pada jendela perpindahan pemain.

Annuar berkata Ghaddar telah bertemu dengan beliau untuk menjelaskan tentang kedudukan sebenar pemain berusia 33 tahun itu.

"Nasihat saya mudah sahaja...kepada pemain... be profesional... beritahu Kafa secara jujur dan patuhi kontrak. Jangan ikut pintu belakang.

"Saya percaya tidak sukar untuk pemain, pasukan dan kelab untuk mematuhi ini. Patah tumbuh... hilang berganti," katanya.

Dalam kenyataan itu juga, Annuar turut menasihati pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Kelantan perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Runding secara rasmi dan telus... bila sampai masanya. Dengan demikian kita jadikan liga kita, berperaturan, teratur dan profesional," katanya.

Sebelum ini, Ghaddar mengesahkan akan terus menyarung jersi TRW sehingga akhir musim ini.

Difahamkan khabar angin mengatakan penjaring terbanyak Liga Super itu akan berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dua kenyataan berbeza antara Ghaddar dan Annuar mencetuskan teka-teki dalam kalangan penyokong skuad pantai timur itu.

Kelantan, Mohammed Ghaddar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain