Subahan Rela Lepas Jawatan Presiden KHM - Sukan | mStar

Subahan Rela Lepas Jawatan Presiden KHM

Subahan Kamal.

KUALA LUMPUR: Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal yakin skuad hoki lelaki kebangsaan mampu melepasi saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, Jun ini, sekaligus meraih  slot ke Piala Dunia 2018.

Jika skuad kebangsaan gagal berbuat demikian, Subahan berkata beliau sedia melepaskan jawatannya selaku presiden konfederasi itu serta merta.

"Saya telah maklumkan perkara ini ada dalam KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) saya iaitu layak ke Piala Dunia dan Sukan Olimpik. Saya sudah berada di sini (sebagai presiden) selama dua tahun dan dalam tempoh itu telah membelanjakan duit (untuk tujuan pembangunan) tapi masih lagi terkapai-kapai tidak boleh layak ke Piala Dunia.

"Jika pasukan lelaki gagal layak ke Piala Dunia pada Jun ini, saya merasakan adalah adil bagi KHM untuk mempunyai seorang pemimpin baharu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan KHM ke-64 di sini Ahad.

Skuad hoki kebangsaan yang dikenali dengan jolokan ''Malaysian Tigers'' bakal berentap di Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London dari 15 hingga 25 Jun, dan sekurang-kurangnya perlu layak ke suku akhir bagi meraih tiket ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India.

Malaysia yang muncul juara pada pusingan kedua di Dhaka, Bangladesh, bulan lepas, diundi dalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah England, pasukan nombor satu dunia Argentina, Korea Selatan dan China.

Kumpulan B pula membariskan pasukan di ranking keenam dunia India, Scotland, Belanda, Pakistan dan Kanada.Empat pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke suku akhir.

Sementara itu, Subahan yang juga pengerusi jawatankuasa pasukan kebangsaan, berkata beliau telah mengarahkan Pengarah Teknikal KHM, Terry Walsh dan jurulatih negara Stephen Van Huizen bagi menyelesaikan masalah kelemahan pukulan sudut penalti skuad kebangsaan sebelum mereka ke London.

Beliau berkata pencapaian skuad kebangsaan pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah baru-baru ini, bukan satu yang membimbangkan tetapi ia menjadi platform terbaik untuk mengenal pasti kelemahan yang ada pada setiap pemain.

"Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah adalah platform terbaik bagi kita mempelajari (teknik permainan) pasukan-pasukan terbaik dunia, dan kelemahan yang kita kenal pasti adalah pukulan sudut penalti.

"Kita ada tiga minggu untuk atasi perkara ini secara menyeluruh, dan kita mahu apabila bersaing di London nanti, pemain kita mampu untuk menyudahkan pukulan sudut penalti," katanya.

Selain skuad hoki lelaki, pasukan kebangsaan wanita juga akan menghadapi cabaran yang sama dalam kejohanan yang berlangsung di Brussels, Belgium dari 21 Jun hingga 2 Julai depan.

Skuad bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah yang berada di ranking ke-22 dunia itu, diundi dalam Kumpulan B bersama-sama tuan rumah Belgium yang menghuni ranking ke-14 dunia, naib juara Piala Dunia 2014, Australia, New Zealand yang berada di ranking kelima dunia serta Sepanyol (ranking ke-10).

"Saya langsung tidak gementar, saya yakin Malaysia akan layak ke Piala Dunia berdasarkan merit bagi skuad lelaki dan untuk pasukan wanita, saya yakin mereka mampu menampilkan yang terbaik dan mungkin juga layak.

"Untuk berlaku adil kepada pasukan wanita, kejayaan mereka mara sehingga ke peringkat ini benar-benar satu pencapaian yang baik. Skuad hoki wanita kita kini sudah berani bersaing di peringkat dunia dan tidak gentar berdepan pasukan seperti Itali, Ireland dan New Zealand," katanya. - BERNAMA

Subahan Kamal , KHM

Artikel Sebelum

Keputusan Piala FA 2017

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain