suria

Moyes Kecewa Ada Klausa Pelepasan Dalam Kontrak Defoe

PENGURUS Sunderland David Moyes kecewa apabila Jermain Defoe mempunyai klausa pelepasan dalam kontraknya yang membenarkan penyerang itu meninggalkan Stadium of Light, hujung musim ini selepas pasukan tersebut tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bintang kebangsaan England berusia 34 tahun itu menjaringkan 30 gol sepanjang mewakili kelab itu selama dua musim.

"Ya, terdapat klausa dalam kontrak itu yang sukar diterima. Saya berharap ketika saya menjadi pengurus saya tidak akan membiarkan klausa seperti itu wujud tetapi kami perlu menghormatinya.

"Kami harap Jermain akan kekal. Sesiapa sahaja di dalam kelab mahu dia kekal, semua penyokong juga mahu dia kekal, tetapi ia keputusan Jermain," kata Moyes.

Walaupun sudah berusia, rekod jaringan Defoe menyebabkan khidmatnya masih lagi ditagih skuad kebangsaan England.

Malah dia turut menjaringkan gol ketika England bertemu Lithuania pada aksi kelayakan Piala Dunia awal tahun ini.

Moyes percaya cita-cita Defoe untuk beraksi pada Piala Dunia 2018 boleh menjejaskan peluang Sunderland untuk kekal mempertahankannya musim depan kerana mereka tidak lagi beraksi di pentas EPL.

"Itu persoalan untuk Jermain (sama ada kekal dalam kelab). Hakikatnya dia tetap kembali memperkuat pasukan kebangsaan England," kata Moyes.

Jermain Defoe, Sunderland

Artikel Lain