suria

Klopp Salahkan Padang Kering

PENGURUS Jurgen Klopp menyalahkan keadaan padang kering sebagai punca Liverpool gagal mengukuhkan peluang mara ke pentas Liga Juara-Juara selepas sekadar seri 0-0 dengan Southampton pada aksi Liga Perdana Inggeris, malam Ahad.

Liverpool menduduki tangga empat teratas sejak menundukkan Hull City di gelanggang sendiri pada 24 September lalu.

Namun, mereka terlepas peluang untuk mengukuhkan peluang kekal di kelompok empat teratas selepas gagal menjinakkan Southampton.

James Milner mempunyai peluang terbaik untuk memecahkan kebuntuan tetapi sepakan penaltinya pada babak kedua tersasar.

"Saya tahu tiada siapa yang mahu mendengarnya tetapi saya berani katakan keadaan padang amat kering.

"Kami semburkan air tetapi selepas 15 minit, padang menjadi kering semula disebabkan angin. Anda boleh lihat betapa sukar bagi pemain untuk melakukan banyak hantaran.

"Dalam permainan ini anda perlu melakukan yang terbaik, jika mustahil dan di gelanggang sendiri anda perlu keadaan yang terbaik. Hari ini kami tidak memilikinya. Itu bukan kesalahan sesiapa. Semua pemain sudah mencuba segala-galanya tetapi tidak berjaya," kata Klopp.

Liverpool menduduki tempat ketiga dengan mengutip 70 mata daripada 36 perlawanan dengan dua baki perlawanan yang perlu diharungi.

Pasukan itu hanya dipisahkan satu mata dengan City yang masih mempunyai baki tiga perlawanan dalam tangan menyebabkan saingan untuk kekal dalam kelompok empat teratas semakin sengit.

Jurgen Klopp, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Steady' Mat Yo!

Artikel Lain