suria

Gol Minit Akhir Gagalkan Kemenangan Man United

Pemain Manchester United, Henrikh Mkhitaryan menjaringkan gol dalam perlawanan pusingan pertama suku akhir Liga Europa ketika menentang Anderlecht. Foto Reuters

MANCHESTER United terikat seri 1-1 dengan Anderlecht dalam perlawanan pusingan pertama suku akhir Liga Europa, awal pagi Jumaat.

Gol tunggal pasukan di bawah pengurus Jose Mourinho itu diraih pada minit ke-37 menerusi aksi Henrikh Mkhitaryan.

Gol berkenaan mengekalkan keunggulan Manchester United dengan skor 1-0 pada babak pertama. 

Bagaimanapun pada minit ke-86, pemain Anderlecht, Leander Dendoncker, menjaringkan gol dengan menyondol bola yang dikirimkan Ivan Obradovic. 

Kegagalan di Stadium Constant Vanden Stock, Brussels itu membuatkan Manchester United harus lebih berjaga-jaga apabila menentang Anderlecht pada perlawanan pusingan kedua.

Namun kelebihan adalah gol sebagai pasukan tamu, maka mereka hanya perlu berimbang tanpa gol jika gagal menang dalam perlawanan di Old Trafford, untuk meraih tiket ke separuh akhir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain