suria

Fahami Istilah 'Gentlemen Agreement' - Edwards

PETALING JAYA: 'Gentlement Agreement' telah lama dipraktik oleh kelab-kelab luar di Eropah atas dasar menang-menang, jelas Alistair Edwards.

Bagaimanapun, kata Pengarah Sukan JDT itu, ia menjadi pelik apabila Johor Darul Ta'zim (JDT) menggunakannya untuk melaksanakan beberapa perkara melibatkan pemain.

Katanya, keputusan dan perjanjian ini dibuat atas faktor menang-menang melibatkan kedua-dua belah pihak berdasarkan pelbagai faktor.

"Gentlemen Agreement  turut melibatkan pemain seperti Amri Yahyah, Jasazrin Jamaluddin, Nazrin Nawi dan Safee Sali pula.

"Oleh kerana Amri Yahyah telah tamat kontrak dengan JDT dan Melaka United pula tidak mampu untuk membayar gaji penuh kepadanya.

"Jadi JDT bersetuju untuk Melaka United bayar separuh dan JDT bayar separuh sebagai gentlemen agreement tetapi dengan syarat Amri Yahyah tidak boleh bermain ketika menentang JDT.

"Untuk Jasazrin dan Nazrin Nawi, jumlah perpindahan mereka berdua adalah sebanyak RM1.2 juta untuk dilepaskan ke pasukan Perak.

"Apabila Perak tidak mampu untuk tebus dengan jumlah tersebut dan meminta dikurangkan untuk RM400,000, JDT bersetuju dengan syarat pemain-pemain ini tidak boleh diturunkan ketika menentang JDT.

"Hal yang sama juga berlaku kepada Safee apabila PKNS tidak mampu membayar yuran perpindahan yang penuh kepada JDT, jadi Safee juga tidak dapat diturunkan ketika menentang JDT disebabkan perjanjian selepas JDT bersetuju untuk PKNS membayar separuh sahaja.

"Tetapi, jika mana-mana pasukan ini dapat membayar penuh, pemain-pemain ini dibenarkan untuk bermain ketika menentang JDT, " jelasnya mengenai situasi gentlement agreement melibatkan beberapa bekas pemain JDT.

Edwards berkata, setiap pihak perlu fahami mengenai perkara ini.

"Jadi kepada individu-individu kurang arif ini janganlah mahu bangkitkan hal kecil seperti ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain