suria

Wenger Hilang 'Mood', Tewas 3-0 Kepada Crystal Palace

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger hilang 'mood' untuk  berbincang mengenai masa depannya selepas Arsenal tewas 3-0 kepada Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi Selasa.

Jelasnya kepada Sky Sports : "Saya akan menjawab soalan yang sama setiap kali sidang media diadakan.Namun kali ini saya tidak ada mood untuk bercakap mengenainya".

Biarpun berdepan dengan tekanan prestasi pasukan serta penyokong-penyokong kelab, Wenger tetap memberi fokus kepada tugasnya.

"Pada saat ini kami hanya mahu dihormati walaupun keputusan agak mengecewakan.

"Kami tewas terlalu banyak dan menerima akibatnya.Tidak apa apa-apa alasan kerana kami telah melakukan persediaan. Agak sukar untuk menjelaskannya selepas perlawanan ini.

"Saya tidak fikir pemain-pemain tidak mahu kemenangan, tetapi kami tewas di saat yang sukar dan bagaimana untuk membuat keputusan pada tahap ini," jelasnya.

Tambah Wenger, dia sedar semua penyokong kelab kecewa dengannya berdasarkan aksi bertemu Crystal Palace itu.

"Palace bermain dengan baik dan sebelum ini juga mereka turut menewaskan Chelsea. Dan itulah yang membuktikan mereka amat berkualiti.

"Kami dalam keadaan sukar sekarang. Dan perlawanan ini tidak membantu apa-apa".

Pada aksi di Selhurst Park itu, Crystal Palace berjaya mengutip tiga mata penuh menerusi Andros Townsend minit ke-17, diikuti Yohan Cabaye (m-63) dan gol ketiga menerusi  Luka Milivojevic (m-68).

The Gunners  bakal menerusi aksi liga bertemu Middlesbrough pada 17 April ini.


rsene Wenger, Arsenal, Crystal Palace

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain