suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Kekasih Ronaldo Lahirkan Anak

BEKAS kekasih Cristiano Ronaldo, Irina Shayk selamat melahirkan anak hasil hubungannya dengan pelakon Bradley Cooper.

Bayi pasangan itu dilahirkan dua minggu lalu, lapor majalah People.

Irina, 31, yang juga model berasal dari Rusia dan Bradley, 42, tidak mengetahui jantina bayi mereka sebelum proses kelahiran kerana mahukan kejutan.

Mereka juga belum mendedahkan nama dan juga jantina bayi tersebut.

Bentuk badan Irina kelihatan langsing semasa dirakam membeli-belah bersama ibunya pada 30 Mac lalu.

Hubungan Bradley dan Irina mula diketahui umum selepas mereka dilihat mesra semasa di New York pada Mei 2015.

Berita kehamilan Irina tersebar apabila bentuk perutnya mula kelihatan ketika melakukan catwalk semasa pertunjukan fesyen Victoria Secret tahun lalu.

Namun dia tidak pernah mengesahkan atau memberi sebarang komen berita kehamilan tersebut.

Irina Shayk, Bradley Cooper

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain