suria

TMJ Ketuai Tiga Jawatankuasa Tetap FAM

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mengetuai tiga jawatankuasa tetap badan induk itu dalam keputusan yang dicapai dalam mesyuarat exco pada Sabtu.

Tiga jawatankuasa berkenaan adalah Jawatankuasa Darurat, Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan serta Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan memaklumkan pemilihan Tunku Ismail diputuskan pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi sesi 2017-2021 di Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu.

Timbalan presiden, Datuk Mohd Yusoff Mahadi pula akan mengetuai Jawatankuasa Pertandingan tempatan sambil dibantu Mohd Firdaus Mohamed.

Seorang lagi timbalan presiden, Datuk Seri Subahan Kamal dipilih menerajui Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia dengan dibantu bekas wartawan sukan, Christopher Raj.

Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim pula dilantik sebagai Bendahari FAM selain ditugaskan memimpin Jawatankuasa Audit Dalaman.

Berikut adalah senarai penuh pengerusi jawatankuasa tetap FAM bagi penggal 2017-2021:

Jawatankuasa Darurat:

Pengerusi: Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan:

Pengerusi:Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan:

Pengerusi: Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan:

Pengerusi: Datuk Mohd Yusoff Mahadi

Timbalan Pengerusi: Mohd Firdaus Mohamed

Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa:

Pengerusi: Mohd Joehari Mohd Ayob

Timbalan Pengerusi: Datuk S. Sivasundaram

Jawatankuasa Pengadil:

Pengerusi: Subkhiddin Mohd Salleh

Timbalan Pengerusi: Datuk Aminuddin Omar

Jawatankuasa Audit Dalaman:

Pengerusi: Datuk Ismail Karim

Timbalan Pengerusi: Shafizah Umamah Abdul Mutalib

Jawatankuasa Bola Sepak Wanita:

Pengerusi: Datuk Suraya Yaacob

Timbalan Pengerusi: Shafizah Umamah Abdul Mutalib

Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia:

Pengerusi: Datuk Seri Subahan Kamal

Timbalan Pengerusi: Christopher Raj

Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai:

Pengerusi: Datuk Rosmadi Ismail

Timbalan Pengerusi: Mohd Joehari Mohd Ayob

Jawatankuasa Perubatan Sukan:

Pengerusi: Datuk Ab. Ghani Hassan

Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya

Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam:

Pengerusi: Christopher Raj

Timbalan Pengerusi: Datuk Suraya Yaacob

Jawatankuasa Keselamatan:

Pengerusi: Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman

Timbalan Pengerusi: SAC Datuk Azisman Alias

Jawatankuasa Integriti:

Pengerusi: Tan Sri Aseh Che Mat

Timbalan Pengerusi: Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff

Jawatankuasa Tatatertib:

Pengerusi: Datuk Baljit Singh Sidhu

Timbalan Pengerusi: Datuk Dr. Abd Shukor Ahmad

Jawatankuasa Rayuan:

Pengerusi: Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff

Timbalan Pengerusi: Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif

Pelesenan Kelab

First Instance Body:

Pengerusi: Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif

Badan Rayuan:

Pengerusi: Dr Wirdawati Mohd Radzi

Bendahari: Datuk Ismail Karim

- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Super

Artikel Lain