suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Negeri Sembilan Ketuai Kedudukan Liga Perdana

KUALA LUMPUR: Pendahulu, Negeri Sembilan mengekalkan kedudukan teratas Liga Perdana walaupun mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Angkatan Tentera Malaysia pada aksi kesembilan liga di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Jumaat malam.

Jaringan tunggal Marco Simic pada minit ke-65 sudah cukup untuk skuad Rusa kendalian Mohd Asri Ninggal mengutip tiga mata berharga di laman sendiri.

Terengganu pula terus menghimpit kedudukan Negeri Sembilan di persada liga selepas menewaskan Sabah 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dua gol skuad Penyu dijaringkan oleh Mohd Faiz Mohd Nasir pada minit ke-32 dan Lazaro Vinicius pada minit ke-51. Terdahulu, pemain Sabah Dendy Lowa dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Muhd Rahmat Jantan selepas mengasari Kapten Terengganu, Issey Nakajima-Farran pada penghujung perlawanan. 

Wakil Perak, Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pula mengekalkan kedudukan ketiga selepas menang tipis 2-1 ke atas MISC-MIFA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Tagne Foguieng Bodric Dimitri terlebih dahulu meletakkan pasukan tuan rumah setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-20 sebelum PKNP FC bangkit meraih dua jaringan menerusi Shahrel Fikri Fauzi pada minit ke-32 dan Gilberto Fortunato pada minit ke-84.

Di Stadium Darul Makmur, pasukan Johor Darul Ta'zim II mencatat kemenangan selesa 5-2 ke atas Kuantan FA.

Lima gol skuad Harimau Selatan dijaringkan oleh D. Saarvindran pada minitkedua, Nicolas Fernandez (minit kelapan), Jeronimo Barrales (minit ke-55), Syafiq Helmi (minit ke-74) dan Mohd Syazwan Andik pada minit ke-76.

Dua gol pasukan tuan rumah dihasilkan oleh Shim Woon Sub pada minit ke-78 dan sepakan penalti yang disempurnakan Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-89.

Pasukan Kuala Lumpur yang mendapat sentuhan jurulatih baharu, Fabio Joaquimda Silva dari Brazil, kembali menemui rentak kemenangan setelah mengalahkan Perlis 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Dua gol skuad 'The Hawks' disumbangkan oleh pemain import dari Brazil, Guilherme de Paula pada minit ketujuh dan minit ke-52.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia dan UiTM FC berkongsi satu mata setelah terikat 1-1 pada aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Pemain antarabangsa Singapura, Safuwan Baharudin terlebih dahulu meletakkan skuad 'The Cops' di hadapan seawal minit kelapan perlawanan sebelum Akanni-Sunday Wasiu menyamakan kedudukan untuk UiTM FC pada minit ke-53. -Bernama

Liga Perdana

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain