suria

F1: Wehrlein Terlepas Aksi GP China

PASCAL Wehrlein terlepas aksi pada perlumbaan Formula Satu Grand Prix China hujung minggu ini berikutan dengan masalah kecergasan.

Pelumba Sauber turut terkeluar pada saingan pembukaan F1 ketika sesi latihan pertama kerana tidak cukup cergas untuk menamatkan latihan.

Pelumba itu mengalamai kecederaan belakang pada Januari lalu ketika menyertai aksi Race of Champions yang menyaksikan dia terpaksa melupakan ujian pra musim di Barcelona.

Namun ketika GP Australia, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengesahkan Wehrlein boleh berlumba namun terpaksa menarik diri.

Pelumba ketiga Ferrari, Antonio Giovinazzi menggantikan posisi Wehrlein di Australia dan menamatkan saingan di tempat ke-12 pada penampilan pertamanya itu.

Giovinazzi akan terus berlumba dengan Sauber sekiranya Wehrlein belum berada di tahap yang memuaskan.

"Bagi saya apa yang paling penting adalah dapat mengembalikan seratus peratus prestasi secepat mungkin," jelas Wehrlein.

Pascal Wehrlein, Sauber F1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sanchez Pilih Chelsea

Artikel Lain