suria

Ronaldo Dedikasi But Bola Baharu Kepada Man United

Foto:Nike dan Getty Image.

BINTANG Real Madrid, Christiano Ronaldo bakal melancarkan but bola terbaharu yang istimewa sebagai penghargaan ketika bersama Manchester United.

Ronaldo memakai jersi bernombor 28 ketika bersama Sporting Lisbon, namun Sir Alex Ferguson memberinya No.7 ketika tiba di United 2003 dan pernah dipakai David Beckham, Eric Cantona dan George Best.

Pemain antarabangsa Portugal itu menganggap Ferguson sebagai bapa ketika bersama pasukan itu dan turut memuji United yang menjadi tempat dia palajari bola sepak.

Sepanjang berada di Old Trafford, Ronaldo berjaya merakam 118 gol dalam 292 perlawanan dengan membantu menjulang Piala FA, tiga trofi juara Liga Perdana serta merangkul trofi Liga Juara-Juara.

Biarpun telah berjaya berkali ganda di Bernabeu, Ronaldo tidak pernah melupakan tempat mulanya dia melangkah untuk bergelar pemain terbaik.

"Saya masih ingat lagi ketika meninggalkan Lisbon dan pergi ke England. Alex Ferguson memberitahu kepada saya 'Dengar, saya mahu kamu ambil No.7'," imbas Ronaldo.

"Saya terkejut kerana saya kenal pemain yang memakai nombor itu. Dan saya menerima cabarannya, dan ianya sangat hebat.

"Ia adalah permulaan kejayaan saya dalam bola sepak. Dan menjadi salah satu saat yang indah dalam hidup saya.

"Saya mempelajari banyak perkara, bukan sahaja daripada jurulatih, tetapi daripada pemain-pemain lain juga.

"Bukan sahaja kemahiran yang meningkat tetapi juga bentuk badan."Dalam tempoh lima tahun (di United) saya telah mempelari seni dalam bola sepak, dan ia adalah sebuah mimpi sebelum itu,"jelas Ronaldo.


Artikel Sebelum

Sanchez Pilih Chelsea

Artikel Berikut

Artikel Lain