suria

Davies Setuju Kekal Bersama Everton Lima Tahun Lagi

PEMAIN muda Everton, Tom Davies menandatangani kontrak baharu lima tahun dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Davies, 18, bersetuju untuk kekal bersama Everton sehingga Jun 2022.

Pemain kelahiran Liverpool itu terpilih menyertai skuad utama setelah diturunkan sebagai pemain gantian ketika bertemu Southampton pada April lalu.

Dia melakukan 17 penampilan dalam semua perlawanan dan beraksi dalam 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Davies turut mempamerkan prestasi cemerlang ketika diturunkan menentang Leicester pada aksi Boxing Day, Disember lalu.

"Ia bermakna segala-galanya untuk saya berpeluang berada dalam kesebelasan utama Everton dan cuba kekal di sini.

"Ia perasaan yang menakjubkan. Everton mempunyai tradisi untuk mengetengah pemain muda dan insentifnya sentiasa ada untuk saya berkembang bersama kelab ini.

"Saya harap pemain muda di dalam akademi boleh lihat bagaimana saya meningkat sehingga boleh menyertai skuad utama sama seperti yang dilakukan Matty (Pennington), Callum (Connolly), Kieran (Dowell) dan Jonjoe (Kenny)," kata Davies.

Sementara itu, Pengurus Everton Ronald Koeman percaya Davies merupakan pemain muda yang sedang meningkat musim ini.

"Kami amat gembira dengan prestasinya dan sudah semestinya kami berbangga memilikinya," kata Koeman.

Tom Davies, Everton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain