Platini Kritik Blatter - Sukan | mStar

Platini Kritik Blatter

Blatter (kiri) dan Platini.

BEKAS presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Mitchel Platini mengkritik Sepp Blatter yang menerajui badan bola induk dunia selama 17 tahun sebelum ini.

Platini dan bekas Presiden Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) itu digantung daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak selama lapan tahun.

Hukuman tersebut dikenakan selepas kedua-dua mereka didakwa terlibat dengan skandal rasuah berkaitan dengan pemindahan wang Fifa (lebih 2 juta Swiss Franc) kepada Platini di atas persetujuan Blatter pada tahun 2011.

Platini memberitahu bahawa Blatter,81, merupakan seorang yang sangat pentingkan diri sendiri.

"Dia fikir apabila dirinya semakin berumur, segalanya akan selesai dan terkubur bersama Fifa. Itu adalah harapannya.

"Malah dia sentiasa memberitahu bahawa saya adalah orang terakhir yang akan ada bersamanya. Saya sedar dia telah menggunakan saya, dan ianya berakhir.

"Jangan percaya apa yang dia cakap," jelas Platini kepada Le Monde.

Tambah Platini yang kini berusia 61 tahun, walaupun hukuman penggantungan telah dikenakan, skandal tersebut sebenarnya masih belum berakhir.

Platini digantung oleh Jawatankuasa Etika Fifa selepas menerima 'hadiah berlebihan' dan mencabuli kod peraturan pentadbiran bola sepak dunia itu.

"Saya masih tidak tahu apa kesalahan saya," tambah Platini.

Mitchel Platini , Sepp Blatter

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain